CARA BERSIHKAN HIDUNG BAYI

✅ Guna alat penyedut hidung ataupun ‘nasal aspirator’

-ada pelbagai jenis di pasaran, sama ada jenis picitan atau sedutan manual. Ada juga jenis elektronik. Berdasarkan personal experience, saya prefer jenis sedutan manual.

✅ Cairkan hingus dengan semburan air garam ‘Saline nasal spray’ atau titisan air garam ‘Saline nasal drops’

-Ini boleh mencairkan hingus atau lendiran dalam hidung bayi. Boleh guna Saline nasal spray atau drops sebelum menggunakan alat penyedut hidung.

✅ Guna humidifier dalam bilik

Alat ini menambahkan kelembapan udara dan memudahkan pencairan hingus di dalam hidung bayi. Ia juga membantu agar hidung bayi yang sensitif tidak mudah kering sekaligus mengelakkan iritasi.

👉 Take note ada perbezaan di antara ‘humidifier’ dan ‘diffuser’.

You might also enjoy

Scroll to Top